Kan best kalau dapat tahu dah ada baby dalam perut ni hari ni. Rasa macam nak pergi cek je, walaupun period belum due. Tapi dah petang. Hmmm sabar lah duhai hati. Dulu ingatkan dah pregnant. First cycle after kawen period jd haywire. Dah tak betul. Kali ni second cycle, berusaha dgn sungguh2. But, still i am stress. Macam2 benda pelik happen. I expect to be given a rose this evening. Will he buy me a rose?
Monday, August 13, 2012
Sunday, August 12, 2012
Tuesday, August 7, 2012
My helpful husband
Saya jatuh demam petang ni.... Memang tak larat giler. Rasa lenguh dan sejuk satu badan. Asyik tidur je. Lepas mandi petang baring depan tv dan try to get some rest. My husband dah tau saya demam so lauk berbuka diadah beli di bazar. Balik kejepon dia dah letih. Tertidor sekali depan tv, tapikan badan dia bau asap since dia g bazar cari makanan berbuka kan..memang x sedap la nak bau asap masa tengah demam ni. Kesian my husband pon bawa diri la tidur jauh jauh. Huhu kesian dia... Dah bangun dr tidur dia pun masuk la dapur, kemas dapur, buat air, hidang makanan berbuka. Sangat helpful.
Dah masuk waktu berbuka ada la orang demam ni mengada nak minta makan bersuap la. Macam macam. Tapi, my hubby layan je. Hihiii :-)
THANK YOU!
Monday, August 6, 2012
I'm Back to The Blogging Phenomenon
Salam,
Selamat berpuasa. Alhamdulillah hari ni dapat jugak nak menulis sesuatu dekat sini. Akhirnya bermulalah kembali aktiviti blogging dari Puan Ami. Cerita panjang sebenarnya blog ni dah diberi nama sebelum bulan puasa lagi. Tapi tak sempat nak create any post. Mungkin sebab terkejut tengok e-blogger dah banyak berubah! Kesiankan dekat Puan Ami ni. Dari masa status Cik lagi menulis blog, tapi dah tinggal lama sangat, sampaikan semua dah berubah.
Masa berlalu, orang berubah, kehidupan pun dah berubah. Adakah kehidupan ni akan jadi lebih baik? InsyaAllah..dengan izin Allah Puan Ami ni nak perubahan tu ke arah kebaikan dan diredhai Allah s.w.t. Sekarang saya dah menjadi isteri orang. Banyak dan besar tanggungjawabnya. Kerjaya dan rumah tangga. Kawan-kawan lagi. Saya sangat rindukan kawan-kawan universiti. Harap sangat diaorang faham. Walaupun tak bertegur tapi ingatan tu tetap ada. Tapi kalau ingat kenapa tak bertegur? :D heeeeee saya menyibukkan diri kot. InsyaAllah, walau berjauhan saya kenal hati diaorang. Mungkin satu hari nanti kita semua dapat lari dari kesibukkan kerja dan hal2 lain, kita boleh bersua muka.
Back to the blog, haaa....saya ni kira dah jumut la dalam berblogging ni. Ada pelbagai jenis blog. yang bercerita hal-hal semasa, hal diri sendiri, pendapat sendiri, hiburan, resepi, masakan, jualan dan lain2. Habis tu saya ni nak tulis blog tentang apa? Caca-marba? Tak kisah lah. Tak de orang nak baca pun sebab tak de followers lagi. Kita kena tengok balik la sebab apa kita menulis. Sebab apa kita berkongsi cerita di blog. Saya harap sangat apapun kisah yang saya tulis ni sesuai dengan pembacaan umum. Alhamdulillah dah makin berusia ni, baik buruk sesuatu tu saya dah pandai la nak handle.
So nantikan post tentang masak2. Sebab rajin dah memasak sekarang ni. Membakar kek, puding dan sebagainya. *POYO* Post jiwang2. Almaklum ada suami dah. Ha bab suami ni tak mau la cerita kisah rumah tangga. Takut sangat termengadu hal yg patut simpan sebagai rahsia rumah tangga. Takut juga tersombong, angkuh menunjuk-nunjuk akan sesuatu hal. Harap dijauhkan la hal ni dan semoga tak terlintas langsung niat di hati. InsyaAllah. Lagi post nak banyakkan gambar, tp semua nak edit letak watermark *sempat ke?* Nak jugak mengambil gambar dengan rakusnya. Nak hp canggih, tak pon compact camera, pastu nak desktop dekat rumah. Laptop kecik sangat. Lagi satu kalau ada loghat kedah tu harap faham la. Saya dah lama balik kedah. Saya cakap kedah pure la ni. Dulu dok mengaji kengkawan ramai org belah selatan dan tengah. Cakap jugak kedah, tapi tak dak la setulen begini. HIHI.
Subscribe to:
Comments (Atom)