Monday, August 6, 2012

I'm Back to The Blogging Phenomenon

Salam,
Selamat berpuasa. Alhamdulillah hari ni dapat jugak nak menulis sesuatu dekat sini. Akhirnya bermulalah kembali aktiviti blogging dari Puan Ami. Cerita panjang sebenarnya blog ni dah diberi nama sebelum bulan puasa lagi. Tapi tak sempat nak create any post. Mungkin sebab terkejut tengok e-blogger dah banyak berubah! Kesiankan dekat Puan Ami ni. Dari masa status Cik lagi menulis blog, tapi dah tinggal lama sangat, sampaikan semua dah berubah.

Masa berlalu, orang berubah, kehidupan pun dah berubah. Adakah kehidupan ni akan jadi lebih baik? InsyaAllah..dengan izin Allah Puan Ami ni nak perubahan tu ke arah kebaikan dan diredhai Allah s.w.t. Sekarang saya dah menjadi isteri orang. Banyak dan besar tanggungjawabnya. Kerjaya dan rumah tangga. Kawan-kawan lagi. Saya sangat rindukan kawan-kawan universiti. Harap sangat diaorang faham. Walaupun tak bertegur tapi ingatan tu tetap ada. Tapi kalau ingat kenapa tak bertegur? :D heeeeee saya menyibukkan diri kot. InsyaAllah, walau berjauhan saya kenal hati diaorang. Mungkin satu hari nanti kita semua dapat lari dari kesibukkan kerja dan hal2 lain, kita boleh bersua muka.  

Back to the blog, haaa....saya ni kira dah jumut la dalam berblogging ni. Ada pelbagai jenis blog. yang bercerita hal-hal semasa, hal diri sendiri, pendapat sendiri, hiburan, resepi, masakan, jualan dan lain2. Habis tu saya ni nak tulis blog tentang apa? Caca-marba? Tak kisah lah. Tak de orang nak baca pun sebab tak de followers lagi. Kita kena tengok balik la sebab apa kita menulis. Sebab apa kita berkongsi cerita di blog. Saya harap sangat apapun kisah yang saya tulis ni sesuai dengan pembacaan umum. Alhamdulillah dah makin berusia ni, baik buruk sesuatu tu saya dah pandai la nak handle. 

So nantikan post tentang masak2. Sebab rajin dah memasak sekarang ni. Membakar kek, puding dan sebagainya. *POYO* Post jiwang2. Almaklum ada suami dah. Ha bab suami ni tak mau la cerita kisah rumah tangga. Takut sangat termengadu hal yg patut simpan sebagai rahsia rumah tangga. Takut juga tersombong, angkuh menunjuk-nunjuk akan sesuatu hal. Harap dijauhkan la hal ni dan semoga tak terlintas langsung niat di hati. InsyaAllah. Lagi post nak banyakkan gambar, tp semua nak edit letak watermark *sempat ke?* Nak jugak mengambil gambar dengan rakusnya. Nak hp canggih, tak pon compact camera, pastu nak desktop dekat rumah. Laptop kecik sangat. Lagi satu kalau ada loghat kedah tu harap faham la. Saya dah lama balik kedah. Saya cakap kedah pure la ni. Dulu dok mengaji kengkawan ramai org belah selatan dan tengah. Cakap jugak kedah, tapi tak dak la setulen begini. HIHI. 

Till next. Bye. 

No comments:

Post a Comment