Salam,
Baru pukul 430ptg, masih awal lagi.. tapi waktu macam ni lately aku dah tak boleh fokus. Loya masih ada. Hmm boleh dikatakan aku punya alah ni dalam kategori sederhana teruk lah jugak. Sebab ada yg masa hamil time ni dah tak mabuk2 lagi...Baru la aku dapat rasa macam mana dugaannya ibu hamil.. Yang belum rasa kalau nak kutuk aku over reacted silalah...mungkin mmg aku over exaggerated melalui update status di fb. Tapi kalau korang jenis mmg tak kisah nak update status korang, mungkin korang pon boleh tak kisah dengan status org lain yg buat korang meluat.. fair enough.
dah hamil ni byk la isu hamil yg disebut..masa baru kawen isu kawen. masa nk hamil, isu nak hamil.. .nanti dah ada baby..isu baby pulak..
Tentang ibu hamil ni...banyak amalan semasa hamil yg perlu ibu hamil ni buat..supaya anak yg bakal lahir elok lah perangai dan zahirnya insya allah..aku pon berusaha la nak buat yg terbaik...
salah satunya kena elak stress... mmg masa ustazah nor bahiyah sebut tentang pekara ni aku tersedar..ya Allah...aku seringkali bg diri aku stress... aku layan jugak emosi sampai nangis2...
dan hubby pon pernah mencetuskan stress....tapi aku percaya hubby... hubby sangat penyabar dan penyanyang...walau stress mcm mn pun, kalau tgk muka hubby terus rasa lembut hati...sayang, tenang ja..
sebab tu aku suka tenung muka hubby...kalau lepas shave bulu2 muka dia lg syok tengok...hensem ja..hahahaaaa
haippp syok lebih plak. Tapi kan tak baik cerita hal rumah tangga ni..apatah lg hal keburukan pasangan...jangan sesekali cerita kepada orang lain...tapi org perempuan sampai satu tahap dia perlukan bantuan.. tempat nak luah perasaan..sebab mana tahu dia memang tengah stress. perlu sangat untuk dia luahkan perasaan.. so cari la yg bertauliah utk minta pendapat, atau yg terdekat dengan diri kita. Tujuan aku sebut hal ni sebab aku terbaca blog yg membincangkan kes suami dan ex gf. Macam2 hal....
Pendapat aku, suami tak payah la contact ex gf lagi..walau apa pun tujuannya..sebab hal ini jika diketahui isteri, jantung jadi luluh berkecai....of course la isteri tak suka..sebab isteri ni faham betapa halusnya hati perempuan..betapa sedikit perhatian akan mula membibitkan rasa yg lama terpendam dalam hati... walaupun perempuan tu kata dia sedar diri siapa la, sedar hanya kawan and so on... Tak payah. end it!
Kalau ex gf ada hutang, ha mmg patut suami contact untuk claim hutang...kesian suami nak sara isteri dengan anak2. :P
No comments:
Post a Comment