Monday, December 17, 2012

Looks can be deceiving

Salam...
Hari ni muhasabah diri..
Merujuk frasa pada tajuk. Looks can be deceiving.. apa yg anda mengerti?

Apabila kita melihat seseorang yg tidak kita kenali, kita punya persepsi awal sendiri. Setelah berkenalan baru kita kenal empunya diri. Sebelum kita kenal, apa yg kita lihat pasti yg zahir.. pakaian, bentuk tubuh, dan rupa paras..
Pernahkah kita menilai seseorang dengan melihat zahirnya? Pasti pernah.. jika persepsi adalah negatif, minta2 dijauhkan sifat itu... jangan kita menilai sesuatu dengan hanya melihat. Mata mampu menipu..
Orang yg berpakaian kemas dan cantik, jika kerjanya menipu.. maka mata kita tertipu..
Jika orang yg berpakaian sederhana kemas....hanya lepak minum2...tapi hakikatnya dia sedang bercuti rehat...kita juga tertipu..
Namun intrepretasi kemas, cantik, sederhana bg setiap org berbeza.. mungkin aspek yg ketara lebih nampak dominan sekiranya org itu zahirnya memang terlalu cantik..maka cantiklah dia..

Melalllllluuut....
Ok. Pendek kata. X payah nak judge org tu mcm mn.. walaupun saya tau pentingnya kelihatan kemas, cantik, demi membawa karekter seorg pegawai..namun, apa yg sy rasa rasional lebih penting..misalnya pakaian yg menutup aurat, pakaian yg menepati peraturan pemakaian ke tempat kerja... insyaallah semuanya redha allah...

Monday, December 3, 2012

ex gf

Salam,
Baru pukul 430ptg, masih awal lagi.. tapi waktu macam ni lately aku dah tak boleh fokus. Loya masih ada. Hmm boleh dikatakan aku punya alah ni dalam kategori sederhana teruk lah jugak. Sebab ada yg masa hamil time ni dah tak mabuk2 lagi...Baru la aku dapat rasa macam mana dugaannya ibu hamil.. Yang belum rasa kalau nak kutuk aku over reacted silalah...mungkin mmg aku over exaggerated melalui update status di fb. Tapi kalau korang jenis mmg tak kisah nak update status korang, mungkin korang pon boleh tak kisah dengan status org lain yg buat korang meluat.. fair enough.

dah hamil ni byk la isu hamil yg disebut..masa baru kawen isu kawen. masa nk hamil, isu nak hamil.. .nanti dah ada baby..isu baby pulak..
Tentang ibu hamil ni...banyak amalan semasa hamil yg perlu ibu hamil ni buat..supaya anak yg bakal lahir elok lah perangai dan zahirnya insya allah..aku pon berusaha la nak buat yg terbaik...
salah satunya kena elak stress... mmg masa ustazah nor bahiyah sebut tentang pekara ni aku tersedar..ya Allah...aku seringkali bg diri aku stress... aku layan jugak emosi sampai nangis2...

dan hubby pon pernah mencetuskan stress....tapi aku percaya hubby... hubby sangat penyabar dan penyanyang...walau stress mcm mn pun, kalau tgk muka hubby terus rasa lembut hati...sayang, tenang ja..
sebab tu aku suka tenung muka hubby...kalau lepas shave bulu2 muka dia lg syok tengok...hensem ja..hahahaaaa

haippp syok lebih plak. Tapi kan tak baik cerita hal rumah tangga ni..apatah lg hal keburukan pasangan...jangan sesekali cerita kepada orang lain...tapi org perempuan sampai satu tahap dia perlukan bantuan.. tempat nak luah perasaan..sebab mana tahu dia memang tengah stress. perlu sangat untuk dia luahkan perasaan.. so cari la yg bertauliah utk minta pendapat, atau yg terdekat dengan diri kita. Tujuan aku sebut hal ni sebab aku terbaca blog yg membincangkan kes suami dan ex gf. Macam2  hal....

Pendapat aku, suami tak payah la contact ex gf lagi..walau apa pun tujuannya..sebab hal ini jika diketahui isteri, jantung jadi luluh berkecai....of course la isteri tak suka..sebab isteri ni faham betapa halusnya hati perempuan..betapa sedikit perhatian akan mula membibitkan rasa yg lama terpendam dalam hati... walaupun perempuan tu kata dia sedar diri siapa la, sedar hanya kawan and so on... Tak payah. end it!
Kalau ex gf ada hutang, ha mmg patut suami contact untuk claim hutang...kesian suami nak sara isteri dengan anak2. :P


Wednesday, November 28, 2012

:)

.....aku x tau nak start....
tersinggah blog ni sebab along post kat fb saying lama tak bc blog aku..
baca la balik post yg gitu2...geli tekak jugak..amboi indahnya emosi time tu..bagusla.
sekarang ni tak dan la nak berblogging, baju kerja hubby pon tak dan nak iron.
skang ni tgh meloya..ye loya. muntah dan sebagainya..
akhirnya aku pregnant. alhamdulillah.....
seronok tapi disulam perit jugak..
emosi tak berapa nak stable... tapi tu lah..tuhan dah tunjuk jalan dah...ibu hamil kena sedia mental fizikal..
sembahyang dan baca quran...baru tahan ngan dugaan mengandung... pasai emosi ibu hamil cepat tersentuh..
sib baik hubby ku seorang penyabaq.

akibatnya rumah kami sepah berterabuq.... dapur tak berasap...kain tak berbasuh..
tungguuuuu
tunggguuuu aku kuat semangat balik nak layan hubby mcm dulu..rumah kemas, baju siap iron.
aku pi kerja pon baju instant... ;P

Sunday, November 4, 2012

Love

Assalamualaikum. Hye.

I thought it was easy to start blogging again. and the truth is, it wasnt. See the gap between the last post and to this recent one. :)
Writing can be really relaxing, brain storming, explaining and soothing. You can imagine or do how you wanted to write. Your sitting position, your background song, or even the place you wanna be.
For me at this time, I'm taking my little time off from work to just sit and write this. Try to relax for a while after long meeting in the morning and the not happening lunch break. 
How's my life doing? ups and downs, highs and lows. So many things had happened. But at the end I'm so grateful to Allah for giving me a wonderful family n friends n a lovely husband. :)
I love you my husband. Everyday and even everytime I looked at you with so much love blooming inside my heart... the feeling was just so overwhelming in a good way. 
I can woke up at the middle of the night, open up my eyes just to watch you sleeping. :)
So much in loveeeeee.....
Now that i'm pregnant, i need you so much more....
Dear Hubby,
Don't leave me, dont ever leave me..may our love became stronger everyday..

Monday, August 13, 2012

Our 100th days of marriage

Kan best kalau dapat tahu dah ada baby dalam perut ni hari ni. Rasa macam nak pergi cek je, walaupun period belum due. Tapi dah petang. Hmmm sabar lah duhai hati. Dulu ingatkan dah pregnant. First cycle after kawen period jd haywire. Dah tak betul. Kali ni second cycle, berusaha dgn sungguh2. But, still i am stress. Macam2 benda pelik happen. I expect to be given a rose this evening. Will he buy me a rose?


Sunday, August 12, 2012

Kuew Teow Tom Yam

Hari tu saya masak kuew teow tom yam. X sedap pon.... Cuba lagi!


Tuesday, August 7, 2012

My helpful husband

Saya jatuh demam petang ni.... Memang tak larat giler. Rasa lenguh dan sejuk satu badan. Asyik tidur je. Lepas mandi petang baring depan tv dan try to get some rest. My husband dah tau saya demam so lauk berbuka diadah beli di bazar. Balik kejepon dia dah letih. Tertidor sekali depan tv, tapikan badan dia bau asap since dia g bazar cari makanan berbuka kan..memang x sedap la nak bau asap masa tengah demam ni. Kesian my husband pon bawa diri la tidur jauh jauh. Huhu kesian dia... Dah bangun dr tidur dia pun masuk la dapur, kemas dapur, buat air, hidang makanan berbuka. Sangat helpful.
Dah masuk waktu berbuka ada la orang demam ni mengada nak minta makan bersuap la. Macam macam. Tapi, my hubby layan je. Hihiii :-)
THANK YOU!


Monday, August 6, 2012

I'm Back to The Blogging Phenomenon

Salam,
Selamat berpuasa. Alhamdulillah hari ni dapat jugak nak menulis sesuatu dekat sini. Akhirnya bermulalah kembali aktiviti blogging dari Puan Ami. Cerita panjang sebenarnya blog ni dah diberi nama sebelum bulan puasa lagi. Tapi tak sempat nak create any post. Mungkin sebab terkejut tengok e-blogger dah banyak berubah! Kesiankan dekat Puan Ami ni. Dari masa status Cik lagi menulis blog, tapi dah tinggal lama sangat, sampaikan semua dah berubah.

Masa berlalu, orang berubah, kehidupan pun dah berubah. Adakah kehidupan ni akan jadi lebih baik? InsyaAllah..dengan izin Allah Puan Ami ni nak perubahan tu ke arah kebaikan dan diredhai Allah s.w.t. Sekarang saya dah menjadi isteri orang. Banyak dan besar tanggungjawabnya. Kerjaya dan rumah tangga. Kawan-kawan lagi. Saya sangat rindukan kawan-kawan universiti. Harap sangat diaorang faham. Walaupun tak bertegur tapi ingatan tu tetap ada. Tapi kalau ingat kenapa tak bertegur? :D heeeeee saya menyibukkan diri kot. InsyaAllah, walau berjauhan saya kenal hati diaorang. Mungkin satu hari nanti kita semua dapat lari dari kesibukkan kerja dan hal2 lain, kita boleh bersua muka.  

Back to the blog, haaa....saya ni kira dah jumut la dalam berblogging ni. Ada pelbagai jenis blog. yang bercerita hal-hal semasa, hal diri sendiri, pendapat sendiri, hiburan, resepi, masakan, jualan dan lain2. Habis tu saya ni nak tulis blog tentang apa? Caca-marba? Tak kisah lah. Tak de orang nak baca pun sebab tak de followers lagi. Kita kena tengok balik la sebab apa kita menulis. Sebab apa kita berkongsi cerita di blog. Saya harap sangat apapun kisah yang saya tulis ni sesuai dengan pembacaan umum. Alhamdulillah dah makin berusia ni, baik buruk sesuatu tu saya dah pandai la nak handle. 

So nantikan post tentang masak2. Sebab rajin dah memasak sekarang ni. Membakar kek, puding dan sebagainya. *POYO* Post jiwang2. Almaklum ada suami dah. Ha bab suami ni tak mau la cerita kisah rumah tangga. Takut sangat termengadu hal yg patut simpan sebagai rahsia rumah tangga. Takut juga tersombong, angkuh menunjuk-nunjuk akan sesuatu hal. Harap dijauhkan la hal ni dan semoga tak terlintas langsung niat di hati. InsyaAllah. Lagi post nak banyakkan gambar, tp semua nak edit letak watermark *sempat ke?* Nak jugak mengambil gambar dengan rakusnya. Nak hp canggih, tak pon compact camera, pastu nak desktop dekat rumah. Laptop kecik sangat. Lagi satu kalau ada loghat kedah tu harap faham la. Saya dah lama balik kedah. Saya cakap kedah pure la ni. Dulu dok mengaji kengkawan ramai org belah selatan dan tengah. Cakap jugak kedah, tapi tak dak la setulen begini. HIHI. 

Till next. Bye.